olat Sunat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk
mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan
memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.
Jika timbul keraguan dalam hati untuk
memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku
harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat
dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah
menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil
keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan
Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi
fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan
membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut.
Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya,
ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan
menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang
Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih
menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah
digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi
hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai
husnuz-zan kepada Allah.
Khaifiat Solat
Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih
kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu
berniat solat istikharah.dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah
bangun tidur.
Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati
lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar